Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kiblat sembahyang merupakan syarat sah dalam sembahyang.
Hah, kalau tak memang tak sah le sembahyang kita. KECUALI dalam keadaan
tertentu yang akan diterangkan sebentar sahaja lagi insyallah.
Yang pertama sila ke laman web http://www.qiblalocator.com/ ia ada menunjukkan cara untuk kita
mengetahui dimana arah kiblat dengan menaip kawasan rumah kita. Ia seperti
google earth.
Qibla Locator atau penunjuk arah kiblat antara
lain dibuat oleh Ibn Mas’ud dengan menggunakan peranti lunak aplikasi Google
Maps API v2, sejak tahun 2006. Teknologi ini dikembangkan oleh
Hamed Zarrabi Zadeh dari Universitas Waterloo di Ontario, Kanada.
Dengan Qibla Locator yang berbasis Google
Earth ini dapat diketahui arah kiblat dari mana pun kita berada. Untuk
mengetahuinya, kita cuma meletakkan lokasi tempat kita, , alamat atau nama
jalan,pos code, dan negara atau garis lintang dan garis bujur di di kotak
atas tuh.
Maka di sisi kanan gambar peta akan muncul
besaran arah kiblat atau kabah dan jaraknya dari posisi lokasi yang kita
masukkan.
Untuk tahu cara yang lain. boleh rujuk di
video youtube di bawah ini. Ia ada menyatakan cara, kaedah yang lain selain
menggunakan kompas, seperti arah matahari terbenam, kayu tegak, bintang orian
(ketika malam).
Selamat
mencuba.
Dalam pada itu juga, sebagai pengetahuan
tambahan. Bagaimana cara untuk mengetahui masuk waktu solat dan waktu
sembahyang ketika di tempat yang kita susah untuk mencari arah kiblat contohnya
di hutan belantara, atau di laut bagaimana perlaksanaanya boleh rujuk di video
di bawah oleh ustaz harun din.
Bagaimana nak tahu masuk
waktu solat, kiblat dan arah kiblat?
Dalam keadaan- keadaan yang luarbiasa, dimana pada waktu
ketika itu kita tidak tahu mana arah kiblat Kita dikehendaki supaya beriktihad (berusaha dengan apa sahaja sedaya upaya) apa yang ada berpandukan
kepada matahari, yakin telah masuk waktu sembahyang
contohnya waktu subuh, terdengar bunyi ayam berkokok, ataupun waktu zohor kita
tengok sudah gelincirnya matahari (matahari melepasi tegak.
Ketika di laut.
Nelayan yang sedang dalam sampan lautan.
Ketika bermula takbiratul ihram, hendaklah menghadap kiblat. Kemudian selepas
takbiratul ihram, maka terpulanglah kepada keadaan selepas itu, kerana keadaan
dalam darurat. Itulah cara kita sembahyang dalam kenderaan yang bergerak dan
berpusing.
Pacakkan
sebatang kayu yang tegak (objek yang lurus) di tempat tanah yang rata,
ambil hujung bayang menghala ke arah matahari. Maka lurus bayang akan
membetulkan arah kiblat.
INFO FALAK :
Matahari akan berada dalam keadaan tegak ke
arah kaabah dalam dua kali setahun.Fenomena yang berlaku seperti ini, merupakan
peluang untuk kita mengetahui arah kiblat, membetulkan arah kiblat sebelum ini.
28 mei , pukul 5:16
PM (petang)
16 Julai, pukul 5:28
PM (petang)
Tarikh ini sesuai untuk di malaysia sahaja.
Adakah arah kiblat tempat sembahyang kita
tepat? Mungkin ini salah satu usaha yang boleh kita semua mengetahui ilmu falak
yang sedikit sahaja sebenarnya dan ada pendapat mengatakan mengambil konsep
matahari terbenam tidak tepat. Banyak alternatif lain yang boleh kita pelajari.
No comments:
Post a Comment